Komputer adalah
satu medium teknologi yang kian membangun dari masa ke semasa. Tanpa
komputer, ramai orang mungkin menghadapi pelbagai masalah dalam kerja
yang mereka lakukan. Namun tidak semua orang tahu menjaga kesihatan
komputer mereka seperti mereka menjaga kesihatan diri sendiri. Di sini
aku terpanggil untuk memberikan sedikit sebanyak tips untuk penjagaan
komputer dari pengalaman yang aku perolehi dalam beberapa tahun mengenal
komputer.
1. Operation System
1. Operation System
Terdapat
pelbagai jenis sistem operasi (OS) yang dicipta oleh pelbagai jenis
syarikat dan Windows adalah OS yang paling digemari penduduk dunia.
Seperti yang semua tahu, Windows adalah sistem di mana ia amat mudah
digunakan berbanding OS lain, yakni Linux, Ubuntu dan selebihnya. Namun
Windows amat mudah diserang oleh virus dan banyak kelemahannya. Namun
setiap kelemahan pasti ada penawarnya.
Hari ini aku hanya ingin
tumpukan kepada OS Windows sahaja kerana majoriti pelanggan dan
kawan-kawan aku menggunakan OS ini. Windows yang terkenal buat masa
sekarang adalah Windows XP, Vista dan Se7en. Dalam ketiga-tiga Windows ini, Windows XP
adalah OS yang mudah sangat dijangkiti virus, Vista pula terkenal dengan
super-lembapnya dan Se7en dikatakan tidak disokong oleh sesetengah
perisian kerana masih baru bertapak. Macam-macam masalah ye.
Tidak kiralah
anda menggunakan sama ada OS original ataupun pirate, janji anda perlu
tahu menjaganya dengan elok. Bagi OS pirate, pelbagai masalah mungkin
dialami contohnya dikesan sebagai ‘not genuine’, tidak boleh menjalankan
automatic update, keylogger ataupun backdoor diletakkan dalam OS
tersebut oleh pencipta ISO image dan lain-lain. OS original pula
semestinya dibeli dan CD/DVD asalnya diberikan oleh pihak Microsoft,
jadi anda tak perlu risau tentang masalah-masalah di atas.
Tidak tahu OS
anda original atau tidak? Bagi laptop yang baru dibeli, lihat di
bahagian bawah laptop sama ada terdapat serial key untuk OS yang anda
beli dan bagi CPU pula, anda akan diberikan satu pek CD/DVD beserta
keynya sekali. Selain dari ini, bermakna OS anda sudah semestinya versi
pirate. Tahukah anda bahawa automatic update untuk OS anda adalah sangat
penting? Automatic update bukanlah dijalankan sesuka hati kerana ia
dicipta untuk membaiki segala masalah yang timbul pada OS yang
dilepaskan. Jadi, kerapkan update OS anda supaya sistem komputer tidak
mengalami masalah.
2. Anti
Virus
Setiap
komputer harus dipasangkan antivirus supaya sistemnya terjamin dari
pelbagai virus yang makin menular. Bagi yang pakar dan tahu bagaimana
virus berfungsi, mereka mungkin tidak memerlukan antivirus, namun tak
semua orang sepakar mereka. Bagi yang mampu, belilah antvirus original
seperti Avira Premium ataupun Kaspersky Internet Security. Berbaloi
untyuk habiskan duit anda dengan membeli antivirus ini kerana ia amat
bagus. Namun aku lebih suka mencadangkan antivirus Avira kepada semua
pelanggan aku kerana ianya ringan berbanding Kaspersky.
Bagi yang
tidak mampu, anda boleh memuat turun antivirus percuma seperti Avira
Free, Avast atau mana-mana antivirus yang diberikan lesen
percuma, namun jangan sekali-kali anda memasang antivirus AVG Free
kerana ianya langsung tidak berguna dalam komputer anda. Dari pengalaman
aku, AVG adalah antivirus yang gagal dan ianya langsung tak berkesan
dan virus mudah menembusi komputer anda.
Penggunaan
antivirus percuma sahaja tidak cukup dalam sesebuah PC kerana spyware
juga akan turut menyerang komputer anda apabila anda menggunakan
internet. Oleh itu, ambillah langkah drastik dengan memuat turun
perisian anti-spyware percuma dan ringan seperti Threatfire (aku
sarankan) dan lain-lain. Anda boleh rujuk weblog JomPHP untuk keterangan lanjut. Jika anda
mempunyai antivirus yang menyokong sekuriti internet, abaikan saja
anti-spyware ini. Setelah dipasang kedua-dua antivirus dan anti-spyware,
jangan lupa untuk scan PC anda secara keseluruhan.
3.
Autoplay
Autoplay
dalam Windows amat memudahkan penggunanya, namun ia boleh membawa kesan
buruk kepada PC anda. Anda tak tahu mengapa? Autoplay adalah satu satu
pintu masuk virus ke dalam komputer anda kerana melaluinya virus akan
mudah disebarkan ke dalam Local Disk. Selalunya virus dari dalam
pendrive ataupun external hard disk akan menyebarkan kroninya dalam masa
kurang sesaat apabila autoplay dalam Windows diaktifkan. Jadi amat
penting untuk mematikan autoplay dalam sistem anda.
Bagi Windows
XP, cara mematikan autoplay boleh dirujuk dalam entri
ini manakala bagi pengguna Vista dan Se7en, anda boleh pergi ke
Control Panel > Autoplay, dan pilih untuk tidak menggunakan servis
autoplay.
Bila tiada fungsi autoplay, agak sukar untuk membuka CD,
DVD atau apa-apa medium secara automatik, namun janganlah anda
menjadikan itu semua isu dalam melayani kemalasan anda. Jadi gantikan
autoplay itu dengan membuka semua medium secara manual supaya anda
terhindar dari virus. Oh ya, sebelum anda membuka pendrive atau external
hard disk, pastikan anda scan dahulu external device tersebut sebelum
membukanya, mana tahu terkandung virus di dalamnya. Satu lagi pastikan
anda membuka device tersebut dengan cara ‘klik kanan > open’ dan
bukannya dengan double klik.
4. Startup
Object
Anda tahu
apakah startup object ni? Ia dikenali juga dengan nama startup program
atau pun program yang dibuka bersama sewaktu Windows dibuka. Startup
object ini akan membuatkan PC anda lembap kerana pelbagai program yang
tak sepatutnya dibuka akan dibuka pada waktu Windows bermula. Cuba anda
tutup semua program yang sedang anda jalankan dan lihat proses PC anda
melalui Task Manager (Ctrl+Alt+Del) di bawah tab ‘processes’ dan di
kolum ‘user name’ anda. Tak ke banyak program yang sedang digunakan dan
ia akan memakan RAM anda selanjutnya menyebabkan PC anda kelembapan.
Jadi amat
penting untuk mengkonfigurasikan startup object dalam OS anda. Buka
‘Run’ dan taipkan msconfig dan tekan ok. Di bawah tab ‘Startup’,
sila tandakan proses yang perlu sahaja seperti antivirus dan lain-lain
dan apply. Cara lain yang amat mudah digunakan adalah dengan memasang
perisian CCleaner dan lihat di bawah tab ‘Tools > Startup’
dan disable program yang tidak perlu.
5. Install
& Uninstall
Pemasangan
sesuatu program dalam PC perlu dijaga supaya PC anda boleh berjalan
dengan lancar dan program-program yang dipasang tidak membebankan PC.
Jika tidak dijaga, ia akan membuatkan PC anda bermasalah seperti
kelembapan yang ketara, komputer hang dan lain-lain masalah lain. Oleh
itu anda perlu tahu perisian apa patut dan tak patut anda pasang dalam
PC.
Jika
spesifikasi PC anda tidak begitu hebat (average), cukuplah sekadar
memasang antivirus dan program-program yang perlu sahaja. Jika
sebaliknya (power), anda bolehlah memasang perisian yang berat contohnya
Adobe CS4, AutoCAD 2010 serta program yang memang memerlukan grafik,
RAM dan processor yang tinggi untuk memprosesnya. Selain itu anda juga
perlu tahu apakah fungsi-fungsi dan spesifikasi minimum sesebuah
perisian sebelum anda memasangnya dalam komputer. Program yang dipasang
namun tidak kerap digunakan hanya membazirkan ruang dalam hard disk anda
di samping membuatkan PC anda berat. Ia juga memungkinkan perkongsian
RAM sehingga menyebabkan PC hang.
Proses
membuang sesuatu perisan dalam PC adalah amat digalakkan. Ia membuatkan
PC anda lebih ringan dan meminimumkan penggunaan RAM. Setelah membuang
sesuatu program, anda digalakkan membersihkan PC dan registry yang
tertinggal menggunakan perisian seperti CCleaner atau perisian yang
menyokong fungsi tersebut. Ianya sama seperti konsep pembersihan rumah
yang kotor.
6.
Defragment
Defrag ialah
suatu proses yang bertujuan untuk menyusun fail-fail dalam PC serta
mengurangkan jumlah fragmentasi dalam sesebuah fail sistem. Ia amat
bagus dijalankan sekerap mungkin (2 minggu sekali) bagi menghasilkan
satu sistem komputer yang bersih dan tersusun serta lebih potensi. Anda
boleh menggunakan program Disk Defragmenter yang sememangnya ada dalam
Windows atau pun perisian pihak ketiga iaitu Defraggler
yang jauh lebih pantas menjalankan proses defrag daripada Windows.
No comments:
Post a Comment