Sunday, 25 December 2011
luka di sini
Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi
Perasaan seperti dulu
Kini tiada lagi kisah
Cintaku tlah musnah sudah
Hancur hatiku
Telah kau sakiti perasaanku
-----
Biarkan ku pergi
Jangan kau tanyakan lagi
Ku yakin ini yang terbaik
untuk kau dan diriku
Biarkan berlalu
Rasa cinta ini di hati
Ku tak bisa tuk menahan
Aku luka di sini
Sunday, 4 December 2011
tanda2 komputer di jangkiti virus
Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
-PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
-Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
-Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
-Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
-Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
-Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
-Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
-Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
-Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
-Utiliti cakra seperti scandisk melaporkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
-Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
-Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
-Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
-Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
-Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
-Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
-Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
-Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
-Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
-Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
-Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
-Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
-Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
tip menjaga komputer
Komputer adalah
satu medium teknologi yang kian membangun dari masa ke semasa. Tanpa
komputer, ramai orang mungkin menghadapi pelbagai masalah dalam kerja
yang mereka lakukan. Namun tidak semua orang tahu menjaga kesihatan
komputer mereka seperti mereka menjaga kesihatan diri sendiri. Di sini
aku terpanggil untuk memberikan sedikit sebanyak tips untuk penjagaan
komputer dari pengalaman yang aku perolehi dalam beberapa tahun mengenal
komputer.
1. Operation System
1. Operation System
Terdapat
pelbagai jenis sistem operasi (OS) yang dicipta oleh pelbagai jenis
syarikat dan Windows adalah OS yang paling digemari penduduk dunia.
Seperti yang semua tahu, Windows adalah sistem di mana ia amat mudah
digunakan berbanding OS lain, yakni Linux, Ubuntu dan selebihnya. Namun
Windows amat mudah diserang oleh virus dan banyak kelemahannya. Namun
setiap kelemahan pasti ada penawarnya.
Hari ini aku hanya ingin
tumpukan kepada OS Windows sahaja kerana majoriti pelanggan dan
kawan-kawan aku menggunakan OS ini. Windows yang terkenal buat masa
sekarang adalah Windows XP, Vista dan Se7en. Dalam ketiga-tiga Windows ini, Windows XP
adalah OS yang mudah sangat dijangkiti virus, Vista pula terkenal dengan
super-lembapnya dan Se7en dikatakan tidak disokong oleh sesetengah
perisian kerana masih baru bertapak. Macam-macam masalah ye.
Tidak kiralah
anda menggunakan sama ada OS original ataupun pirate, janji anda perlu
tahu menjaganya dengan elok. Bagi OS pirate, pelbagai masalah mungkin
dialami contohnya dikesan sebagai ‘not genuine’, tidak boleh menjalankan
automatic update, keylogger ataupun backdoor diletakkan dalam OS
tersebut oleh pencipta ISO image dan lain-lain. OS original pula
semestinya dibeli dan CD/DVD asalnya diberikan oleh pihak Microsoft,
jadi anda tak perlu risau tentang masalah-masalah di atas.
Tidak tahu OS
anda original atau tidak? Bagi laptop yang baru dibeli, lihat di
bahagian bawah laptop sama ada terdapat serial key untuk OS yang anda
beli dan bagi CPU pula, anda akan diberikan satu pek CD/DVD beserta
keynya sekali. Selain dari ini, bermakna OS anda sudah semestinya versi
pirate. Tahukah anda bahawa automatic update untuk OS anda adalah sangat
penting? Automatic update bukanlah dijalankan sesuka hati kerana ia
dicipta untuk membaiki segala masalah yang timbul pada OS yang
dilepaskan. Jadi, kerapkan update OS anda supaya sistem komputer tidak
mengalami masalah.
2. Anti
Virus
Setiap
komputer harus dipasangkan antivirus supaya sistemnya terjamin dari
pelbagai virus yang makin menular. Bagi yang pakar dan tahu bagaimana
virus berfungsi, mereka mungkin tidak memerlukan antivirus, namun tak
semua orang sepakar mereka. Bagi yang mampu, belilah antvirus original
seperti Avira Premium ataupun Kaspersky Internet Security. Berbaloi
untyuk habiskan duit anda dengan membeli antivirus ini kerana ia amat
bagus. Namun aku lebih suka mencadangkan antivirus Avira kepada semua
pelanggan aku kerana ianya ringan berbanding Kaspersky.
Bagi yang
tidak mampu, anda boleh memuat turun antivirus percuma seperti Avira
Free, Avast atau mana-mana antivirus yang diberikan lesen
percuma, namun jangan sekali-kali anda memasang antivirus AVG Free
kerana ianya langsung tidak berguna dalam komputer anda. Dari pengalaman
aku, AVG adalah antivirus yang gagal dan ianya langsung tak berkesan
dan virus mudah menembusi komputer anda.
Penggunaan
antivirus percuma sahaja tidak cukup dalam sesebuah PC kerana spyware
juga akan turut menyerang komputer anda apabila anda menggunakan
internet. Oleh itu, ambillah langkah drastik dengan memuat turun
perisian anti-spyware percuma dan ringan seperti Threatfire (aku
sarankan) dan lain-lain. Anda boleh rujuk weblog JomPHP untuk keterangan lanjut. Jika anda
mempunyai antivirus yang menyokong sekuriti internet, abaikan saja
anti-spyware ini. Setelah dipasang kedua-dua antivirus dan anti-spyware,
jangan lupa untuk scan PC anda secara keseluruhan.
3.
Autoplay
Autoplay
dalam Windows amat memudahkan penggunanya, namun ia boleh membawa kesan
buruk kepada PC anda. Anda tak tahu mengapa? Autoplay adalah satu satu
pintu masuk virus ke dalam komputer anda kerana melaluinya virus akan
mudah disebarkan ke dalam Local Disk. Selalunya virus dari dalam
pendrive ataupun external hard disk akan menyebarkan kroninya dalam masa
kurang sesaat apabila autoplay dalam Windows diaktifkan. Jadi amat
penting untuk mematikan autoplay dalam sistem anda.
Bagi Windows
XP, cara mematikan autoplay boleh dirujuk dalam entri
ini manakala bagi pengguna Vista dan Se7en, anda boleh pergi ke
Control Panel > Autoplay, dan pilih untuk tidak menggunakan servis
autoplay.
Bila tiada fungsi autoplay, agak sukar untuk membuka CD,
DVD atau apa-apa medium secara automatik, namun janganlah anda
menjadikan itu semua isu dalam melayani kemalasan anda. Jadi gantikan
autoplay itu dengan membuka semua medium secara manual supaya anda
terhindar dari virus. Oh ya, sebelum anda membuka pendrive atau external
hard disk, pastikan anda scan dahulu external device tersebut sebelum
membukanya, mana tahu terkandung virus di dalamnya. Satu lagi pastikan
anda membuka device tersebut dengan cara ‘klik kanan > open’ dan
bukannya dengan double klik.
4. Startup
Object
Anda tahu
apakah startup object ni? Ia dikenali juga dengan nama startup program
atau pun program yang dibuka bersama sewaktu Windows dibuka. Startup
object ini akan membuatkan PC anda lembap kerana pelbagai program yang
tak sepatutnya dibuka akan dibuka pada waktu Windows bermula. Cuba anda
tutup semua program yang sedang anda jalankan dan lihat proses PC anda
melalui Task Manager (Ctrl+Alt+Del) di bawah tab ‘processes’ dan di
kolum ‘user name’ anda. Tak ke banyak program yang sedang digunakan dan
ia akan memakan RAM anda selanjutnya menyebabkan PC anda kelembapan.
Jadi amat
penting untuk mengkonfigurasikan startup object dalam OS anda. Buka
‘Run’ dan taipkan msconfig dan tekan ok. Di bawah tab ‘Startup’,
sila tandakan proses yang perlu sahaja seperti antivirus dan lain-lain
dan apply. Cara lain yang amat mudah digunakan adalah dengan memasang
perisian CCleaner dan lihat di bawah tab ‘Tools > Startup’
dan disable program yang tidak perlu.
5. Install
& Uninstall
Pemasangan
sesuatu program dalam PC perlu dijaga supaya PC anda boleh berjalan
dengan lancar dan program-program yang dipasang tidak membebankan PC.
Jika tidak dijaga, ia akan membuatkan PC anda bermasalah seperti
kelembapan yang ketara, komputer hang dan lain-lain masalah lain. Oleh
itu anda perlu tahu perisian apa patut dan tak patut anda pasang dalam
PC.
Jika
spesifikasi PC anda tidak begitu hebat (average), cukuplah sekadar
memasang antivirus dan program-program yang perlu sahaja. Jika
sebaliknya (power), anda bolehlah memasang perisian yang berat contohnya
Adobe CS4, AutoCAD 2010 serta program yang memang memerlukan grafik,
RAM dan processor yang tinggi untuk memprosesnya. Selain itu anda juga
perlu tahu apakah fungsi-fungsi dan spesifikasi minimum sesebuah
perisian sebelum anda memasangnya dalam komputer. Program yang dipasang
namun tidak kerap digunakan hanya membazirkan ruang dalam hard disk anda
di samping membuatkan PC anda berat. Ia juga memungkinkan perkongsian
RAM sehingga menyebabkan PC hang.
Proses
membuang sesuatu perisan dalam PC adalah amat digalakkan. Ia membuatkan
PC anda lebih ringan dan meminimumkan penggunaan RAM. Setelah membuang
sesuatu program, anda digalakkan membersihkan PC dan registry yang
tertinggal menggunakan perisian seperti CCleaner atau perisian yang
menyokong fungsi tersebut. Ianya sama seperti konsep pembersihan rumah
yang kotor.
6.
Defragment
Defrag ialah
suatu proses yang bertujuan untuk menyusun fail-fail dalam PC serta
mengurangkan jumlah fragmentasi dalam sesebuah fail sistem. Ia amat
bagus dijalankan sekerap mungkin (2 minggu sekali) bagi menghasilkan
satu sistem komputer yang bersih dan tersusun serta lebih potensi. Anda
boleh menggunakan program Disk Defragmenter yang sememangnya ada dalam
Windows atau pun perisian pihak ketiga iaitu Defraggler
yang jauh lebih pantas menjalankan proses defrag daripada Windows.
kepentingan teknologi maklumat
Perkembangan
pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam sistem
digital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah
cara manusia berfikir, berhubung, bertindak dan bekerja.
Antara
kepentingan teknologi maklumat ialah:-
- dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan.
- sebagai alat perniagaan dan sosial.
- sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan.
- mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.
- merapatkan hubungan sesama manusia.
- merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.
- menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.
- dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.
- dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
- berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.
- mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.
- negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan
Saturday, 3 December 2011
Thursday, 10 November 2011
Rahsia huruf pada nama
Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada.
Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.
A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E = anda sentiasa seorang yang exited.
F = semua orang menyayangi.
G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J = anda seorang yang cemburu.
K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
M = kejayaan mudah datang kepada anda.
N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O = anda seorang yang berfikiran terbuka.
P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
R = anda seorang yang gemar bersosial.
S = anda sangat broad-minded.
T = anda ada sikap canggih, amat canggih.
U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
V = fizikal anda baik sekali.
W = anda suka menyendiri.
X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.
Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.
Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.
Misalnya, kalau TUAH jadinya :

Disitu kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.
Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.
Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.

rahsia warna dan si pemakai
Warna pakaian yang paling sering kamu kenakan mampu mewakili diri kamu dan menunjukkan siapa kamu sebenarnya! Mungkin kamu sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian diri kamu!
Merah- Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga.
Merah muda (pink) Hangat, romantik, mudah simpati dan mudah memahami.
Kuning Aktif dan bijak berkomunikasi.
Hijau Berhati-hati dan sensitive
Biru muda Kreatif, berfikiran tajam dan penuh imaginasi.
Biru tua Cergas, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan.
Ungu Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik
Cokelat Jujur dan bersifat pecinta alam.
Hitam Memiliki kemahuan yang kuat, bersifat lebih terbuka dan berdisiplin.
Putih Penuh perhatian dan sukakan kedamaian.

bEza..BEZA ..beZA
6 perbezaan lelaki dan perempuan
Assalamualaikum.. Hye..
Banyaknya perbezaan antara lelaki dan perempuan yang buatkan dunia kita indah berwarna-warni.. Kenapa macam tu? Sebab lelaki dengan cara mereka, perempuan dengan cara mereka.. Jadi, banyak sifat dan perangai yang kita boleh lihat di sekeliling kita setiap hari..
Jom cekidaut apa perbezaan lelaki dan perempuan..
1. Kata nama
Kebanyakan perempuan akan bahasakan diri diorang dengan gunakan nama.. Contohnya, macam Diana, panggil Diana, Eiysya dipanggil Eiysya.. Ada jugak yang panggil guna nama glamor.. Macam Aminah panggil Min.. Cewah.. Nak glamor aje.. Haha
Tapi kalau lelaki? Haa! Korang panggil laa Bob ke, godzilla ke, gendut ke, mata-empat ke, no hal punya.. Tapi, sesama diorang je laa dan untuk sesetengah aje.. Kalau perempuan yang panggil lelaki tu gendut, hangin jugak laa kot.. Haha
2. Otak matematik
Otak matematik nih bukan pasal siapa lagi terel matematik.. Tapi, ce terai pergi makan dengan hero hero malaya.. Agak agak kalau harga set makanan tuh RM 34.40, berapa sen setiap orang akan bayar? Sama ada, setiap orang akan bagi lebih atau sorang akan sukarela untuk belanja..
Yang pasti, takkan ada punya laa yang hulur RM 11.46667 kalau keluar bertiga.. .46667?? Mak aih! Siap keluarkan kalkulator bagai kan.. hoho~
Tapi, toksah terkejut laa kalau perempuan buat macam ni.. Kitorang memang pakar bab bab matematik kira sen sen nih.. Ehh! Tiba-tiba.. Haha
3. Nak murah aje
Yang ni paling jelas bila perempuan shopping.. Contohnya, kalau pashmina harga 15 hengget.. Seboleh mungkin dia nak tawar menawar.. Kurang sehengget pun jadi laa.. Asalkan kurang..
4. Barang keperluan (ekslusif bab tandas sahaja)
Jadi lelaki nih senang kan.. Ada ubat gigi dan berus gigi je dah cukup.. Kalau jenis yang teliti sket, ada lah pulak pencuci muka, pencukur dan krim mencukur.. Tambah dengan sabun dan tuala.. Lengkap sudah keperluan diorang..
Tapi, kalau perempuan pulak? Paling sengkek, wajib ada sabun mandi, syampu, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi.. Kalau jenis yang rajin sket, mesti ada skrub muka, skrub badan, dan perapi rambut.. Yang lain-lain tuh korang namakan sendiri..
5. Pepatah zaman moden :p
Lelaki yang berjaya, bawa kesenangan buat isteri dia.. Perempuan yang berjaya merupakan perempuan yang berjaya mengorat lelaki macam tuh.. Hik3~
6. Penampilan diri
Cuba korang perhatikan makwe, tunang atau bini korang, berapa lama masa yang dia ambil untuk bersiap.. Padahal nak pergi Kedai Mek Jah sebelah rumah je pun!
Tapi, kalau lelaki? Muka baru bangun tidur pun boleh diajak pergi Mid Valley.. Tetap hensem.. Yang rajin sket, pakai laa jugak gel Brylcream bagi pacak pacak sket.. Jeles.. Haha!

Subscribe to:
Posts (Atom)